Thursday, October 7, 2010

PeSaNaN BuAt Si Dia

Tolong bagitahu si dia...
aku ada pesanan buatnya..
tolong bagitahu si dia...
cinta agung adalah cintaNya...
tolong bagitahu si dia...
cinta manusia bakal membuatnya alpa...
tolong nasihati si dia...
jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa...
tolong nasihati si dia...
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
tolong nasihati si dia...
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan
Ibu Bapa nya...
tolong katakan pada si dia...
dahulukan Allah kerana disitu ada
Syurga...
tolong katakan pada si dia...
dahulukan ibu dan bapanya kerana disitu
Telapak Syurganya...
tolong ingatkan si dia...
aku terpikat kerana imannya..
bukan rupa...
tolong ingatkan si dia...
aku lebih cintakan zuhudnya...
bukan harta...
tolong ingatkan si dia...
aku kasihinya kerana santunnya...
tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
tolong tegur si dia bila dia mula tenggelam dalam angan2nya...
tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya...
tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa...
tolong sedarkan si dia aku milik Ibu Bapaku...
tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar pada keluarganya...
tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
tolong sabarkan si dia andai jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...
tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakannya...
tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2nya...
tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku...
tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
CINTA..
lahirnya dari dua hati tanpa dipaksa...
Ya Allah Ya Tuhanku...
telah datang kepadaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini...
sekiranya si dia adalah jodohku yang terbaik,,,
yang telah Engkau tetapkan buatku,,,
sejak dari kandungan ibuku lagi...
maka permudahkanlah urusanku,,,
permudahkanlah urusan si dia,,,
dan permudahkanlah urusan kami berdua...
Ya Allah Ya Rahman..
Ya Allah Ya Rahim...
lindungilah iman ku Ya Allah,,,
lindungilah iman dia Ya Allah,,,
lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini Ya Allah...
Amin Ya Rabbal Alaminnnn.....
cinta, karya indah sang pencinta...
dimulakan di syurga...
dirasuk dalam jiwa Adam dan Hawa...
lalu dianak pinakkan ke setiap jiwa...
dengan kadar yang berbeza...
cinta sebenarnya tidak buta...
cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan...
yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan...
CINTA, MENYINTAI atau DICINTAI
adalah lumrah sifat kejadian manusia...

p/s: aku nk si dia baca, kerana aku tak mampu tuk sampaikan padanya...

No comments:

Post a Comment